Abstrak
Dalam blok ini menyatakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting kepada kaunselor menjalankan sesi kaunseling.Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran membina hubungan dengan klien, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat refleksi, kemahiran perasaan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran meninjau klien dan lain-lain.Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat.Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan ia boleh mempengaruhi proses kaunseling yang mana ia boleh menyukarkan klien menyelesaikan masalah.
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep Bimbingan.
v Proses membantu individu , kelompok untuk mengembangkan potensi mereka supaya dapat membuat pilihan bijak dari segi aspek peribadi, kerjaya, sosial, akademik dari kepentingan individu.
v Dari pandangan tokoh pendidikan.
Ø Shertzer dan Stone (1974) menjelaskan bahawa bimbingan ialah suatu proses untuk membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.Guru bimbingan dan kaunselor akan membantu individu untuk menyedarkan segala kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Dengan itu, kaunselor dapat menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat klien.Melalui car ini, klien dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup.
Ø Alice Crow (1964) menerangkan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek atau panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.
Ø McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
Ø D.W. Lefever menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik.Tujuannya adalah untuk membantu seseorang individu melalui daya usahanyasendiri untuk mengembangkan kebolehannnya serta membuat penyelesaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup.
Ø George, R.L. dan Cristiani, T.S.(1995) merupakan kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi pelajar seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional.Tujuannya adalah untuk menekankan pencegahan daripada rawatan mesah psikologi.
Konsep Kaunseling.
v Satu proses bersemuka antara kaunselor yang berprofesional dengan klien bagi membantu masalah klien secara sistematik berasaskan psikologi.
v Dari pandangan tokoh pendidikan.
ü Shertzer dan Stone (19740) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya.
ü Corey (1977) berpendapat kaunseling merupakan proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.
ü Boy dan pine (1968) mendefiniskan bahawa kaunseling adalah suatu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
ü Arbuckle (1965) mengatakan kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.
ü McDaniel dan Shaftel (1956) mengatakan kaunseling sebagai satu siri pertemuan yang langsung dengan individu yang bertujuan membantunya menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.
Perbezaan antara bimbingan dan kaunseling.
Aspek
|
Bimbingan
|
Kaunseling
|
Profesional
|
Tidak memerlukan lesen dan kepakaran
|
Memerlukan lesen dan kepakaran.
|
Tempat
|
Dilakukan dimana-mana sahaja
|
Dilakukan di bilik khas, bilik rahsia, bilik yang kedap.
|
Masa
|
Tidak ditentukan masa.
|
Mempunyai masa.
|
Teori
|
Tidak dikemukan teori.
|
Menggunakan pelbagai teori yang digunakan.
|
Matlamat Kaunseling.
1. Untuk memperbaiki hubungan.
Ø Seseorang kaunselor itu hendaklah membina atau memperbaiki hubungan dengan klien dengan menimbulkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain sehingga klien betul-betul yakin terhadap kaunselornya.
Ø Kaunselor haruslah menimbulkan perasaan hormat- menghormat iterhadap klien, memiliki perasaan yakin, jujur, ikhlas, sedia menerima teguran secara terbuka dan mahu melibatkan dirinya disamping dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada permasalahan yang dikemukakan oleh kliennya
Ø Saranan yang dikemukan adalah bukan suatu paksaan atau gesaan daripada kaunselor itu sendiri.
Ø Saranan-saranan yang berkesan adalah daripada idea kaunselor dan klien sendiri supaya segala alternatif dan strategi pemilihan dapat dikongsi, diterima dan diputuskan bersama
Ø Hasilnya adalah keakraban akan wujud dalam hubungan itu.
2. Memudahkan klien rasional.
Ø Klien yang bermasalah lazimnya tidak dapat menerima hakikat sebenar, bersikap menolak realiti tentang dirinya dan berfikir mengikut perasaannya yang sudah tidak rasional lagi.
Ø Dengan itu bermulalah proses kaunseling iaitu suatu usaha bagi memudahkan klien melihat dirinya semula dan daripada itu klien akan menyedari hakikat tersebut secara rasional semula.
Ø Apabila klien mulai sedar kembali, dia akan merasa kesal terhadap keterlanjurannya dan mula melihat kehidupannya yang sebenar dan dia akan mula memikirkan tentang dirinya secara rasional
Ø Kaunselor mesti berperanan meyakinkan kembali kliennya dari segi pada dirinya serta yakin terhadap pertolongan yang diberikan oleh orang lain.
Ø Dengan ini, klien akan lebih mudah faham dan sedar bahawa dia sendiri memerlukan bantuan kaunselor.
3. Menyediakan perubahan tingkah laku.
Ø Perubahan tingkah laku dapat dilihat selepas individu tersebut telah diberikan sesi kaunseling.
Ø Apabila seorang klien merasakan dirinya bereperasaan dan berfikiran lain daripada keadaan semasa dia datang, beerti satu perubahan sudah berlaku pada dirinya.
Ø Kebiasaanya berlaku perubaha-perubahan positif. Contohnya, jikalau klien sebelum ini menemui kaunselornya selalu menangis sahaja, tiba-tiba selepas dia berpeluang meluahkan isi hatinya secara terbuka dan diterima oleh kaunselor secara senang hati dan hibanya merasa lega, kesedihan, kemurungan sudah terhakis.
Ø Maka perubahan tingkah laku adalah berjaya dan perubahan ini juga mudah dikesan daripada tingkah laku tanpa lisannya.
Ø Klien tersebut kini kembali normal seperti sebelumdilanda permasalahan dahulu.
4. Membantu mengambil atau membuat keputusan.
Ø Segala keputusan yang diambil oleh klien adalah hasil daripada kesedarannya terhadap kesalahan dan keterlanjurannya telah mendorongnya untuk cuba memperbaiki dirinya sendiri.
Ø Semakin banyak alternatif yang disediakan oleh kaunselor, sebanyak banyak dibincangkan masalah serta semakin dalam penerokaan perasaan yang dibuat, maka semakin mudahlah klien itu melihat dengan lebih jelas kesalahan dan permasalahannya sendiri.
Ø Ia akan menjadikan seorang klien itu lebih cepat membuat dan mengambil keputusan yang wajar.
Ø Menurut Reaves (1965) menyatakan bahawa matlamat kaunseling sebagai membantu individu itu memahamidan mempelajari tentang keseluruhan proses membuat keputusan serta menggerakkannya menilai serta dapat menerima serta bertindak mengikut pilihannya sendiri.
5. Mengendalikan perasaan cemas.
Ø Terdapat 3 jenis perasaan cemas antaranya ialah cemas sejati, cemas akhlak dan cemas otak.
Ø Cemas sejati ialah tentang perasaan takut akan bahaya yang akan menimpa atau memudaratkan seseorang.
Ø Cemas akhlak ialah, takut melakukan sesuatu yang mungkin memalukan atau mendatangkan dosa kepada perbuatannya.Contohnya, takut melanggar larangan Tuhan ataupun takut kerana malu apabila berhadapan dengan orang lain.
Ø Cemas otak pula merupakan perasaan takut yang dibayangkan oleh malu besar, atau rasa diri tidak berfaedah dan tidak berguna lagi kepada seluruh kehidupan ini.Contohnya, orang yang sudah berputus asa dan mahu membunuh diri.
Ø Kadangkala perasaan cemas ini menjadi pelindung ataupun penghalang seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan terkutuk atau sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada dirinya sendiri.
Ø Oleh itu para kaunselor perlu mengingatkan klien bahawa ada sesetengah tindakan itu agak merbahaya sekiranya didiamkan sahaja dan besar kemungkinan ianya boleh bertukar menjadi cemas otak.
Ø Sepatutnya individu tersebut harus meluahkan dan menceritakan kecemasannya itu kepada orang-orang yang tertentu agar masalah kecemasannya dapat diselesaikan dengan baik.
PRINSIP KAUNSELING.
1. Peluang.
u Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang menerima perkhidmatan kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaan .
2. Dijalankan di dalam bilik khas.
u Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan.
u Pilih bilik yang kedap suara tetapi dapat melihat klien yang di kaunselingkan.
3. HUBUNGAN MESRA DAN KEPERCAYAAN.
u Kaunseling ialah interaksi antara kaunselor dengan klien berdasarkan prinsip hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur terhadap klien.
4. TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
u Kerjasama harus wujud bukan sahaja antara kaunselor dan pelajar (klien)
yang memerlukan bimbingan, tetapi juga antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibubapa pelajar (klien).
5. TIDAK BOLEH DIPAKSA.
u Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya diberikan kepada murid (klien) yang sukarela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
6. MERANCANG TINDAKAN SUSULAN.
u Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik, emosi, sosial tidak akan timbul semula.
u Contohnya, masalah pembelajaran oleh itu kaunselor mestilah mempunyai banyak ilmu untuk menyelesaikannya iaitu lambat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.Maka penyelesaiannya ialah masalah sikap oleh itu kaunselor mesti menjalankan peranannya bagi membantu klien tersebut untuk menyelesaikan masalah dengan mengemukakan cadangan-cadangan yang terbaik.
7. DIURUSKAN MENGIKUT ETIKA.
u Bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid, segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien.
u Contohnya: kes jenayah.
KEPENTINGAN KAUNSELING.
² Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri
² Dapat menyumbangkan kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
² Dapat membimbing klien menyelesaikan masalah.
² Dapat memotivasikan murid.
² Dapat membantu murid dalam membuat pilihan dan persediaan kerjaya .
² Mengembangkan potensi di dalam diri klien .
² Jika di sekolah, dapat membantu membentuk iklim bilik darjah.
Etika Kaunseling.
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa.
2. Menjaga tatalaku demi memelihara profesion kaunseling.
3. Bertanggungjawab terhadap klien.
4. Menghormati hak-hak klien.
5. Menjaga kerahsiaan klien.
6. Penjelasan mengenai batasan.
7. Mesti dijalankan di dalam bilik yang khas.
Jenis -jenis perkhidmatan kaunseling di sekolah.
n Perkhidmatan menyediakan rekod pelajar.
i. Mengendalikan fail bimbingan.
ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
iii. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk bertujuan untuk kaunseling
iv. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
v. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
vi. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
n Perkhidmatan menyebarkan pelbagai maklumat.
i. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerja, latihan kepada pelajar. (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster dan buletin sekolah.)
ii. Menambahkan dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi.
iii. Memberi maklumat dan penerangan tentang kepentingan mengisi borang permohonan dengan tepat.
iv. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
v. Menyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS dan bahaya merokok.
n Perkhidmatan menjalankan kaunseling individu.
i. Pertumbuhan kendiri, iaitu membantu murid-murid memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan.
ii. Kefahaman berdiri iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperoleh maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
iii. Menolong murid-murid berkomunikasi secara berkesan serta membina hubungan yang baik dengan anggota masyarakat yang lain.
iv. Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana.
n Perkhidmatan menjalankan kaunseling kelompok.
i. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang boleh mengalakkan perkembangan konsep kendiri, kognitif- afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
ii. Membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang tertentu. Contohnya: MASALAH DISIPLIN, MASALAH PERIBADI, MASALAH SOSIAL DAN LAIN-LAIN TOPIK SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR DARI SEMASA KE SEMASA.
iii. Membantu pelajar memilih matapelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
iv. Menubuhkan dan melatih pasukan pembimbing rakan sebaya dan menyelia aktiviti mereka.
n Perkhidmatan membantu membuat penilaian.
i. Menilai program bimbingan di sekolah dengan tujuan meningkatkan mutunya.
ii. Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.
iii. Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan.
n Perkhidmatan penyelarasan sumber.
i. Menjadi penyelarasan bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid antara sekolah dengan agensi-agensi luar.
ii. Menjadi pakar rujuk dalam kegiatan kokurikulum.
iii. Menjadi penyelarasan untuk melibatkan agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
iv. Merancang dan menjadi penyelarasan dalam usaha memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dan komuniti tempatan.
n Perkhidmatan penyalahgunaan dadah.
i. Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah.
ii. Memberikan pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan.
iii. Memberikan bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan selepas tamat pemulihan.
iv. Membuat penilaian dan memberikan maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkenaan program pencegahan penyalahgunaan dadah pada peringkat sekolah.
n Perkhidmatan rujukan.
i. Menolong murid-murid lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya jika perlu.
ii. Menolong pihak pendaftaran dan staf sekolah memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah.
iii. Menolong ibu bapa murid dalam hal kebajikan murid-murid.
iv. Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah.
v. Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan mengawasi kemajuan murid-murid.
Teori kaunseling.
Teori rasional emotif behavioral
Latar belakang .
Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1930 di Piittsburg (Sabariah Siron, 2005). Ketika beliau berumur empat tahun, beliau menetap di New York.Zaman kanak-kanak beliau tidak seperti kanak-kanak lain kerana beliau menghidapi penyakit Nephritis( buah pinggang) pada umur 19 tahun dan menghadapi masalah kencing manis pada umur 40 tahun.Beliau telah menyertai program psikologi klinikal di Maktab Perguruan Columbia selepas beliau menamatkan pengajiannya di kolej.Beliau pernah memberikan khidmat kaunseling perkahwinan, kaunseling keluarga serta terapi seks.Pada tahun 1947 hingga 1953, beliau telah mempraktikkan analisis klasik serta psikoterapi berorientasikan analisis.
KONSEP-KONSEP ASAS TEORI RASIONAL EMOTIF BEHAVIORAL.
Fikiran, emosi, dan tingkah laku manusia saling berkaitan. Misalnya, pemikiran manusia sering membina perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula memberikan kesan kepada pemikiran dan tingkah laku manusia. Tindakan turut memberikan kesan kepada pemikiran dan perasaan.Ellis mementingkan proses pemikiran walaupun salah satu aspek atau kedua-dua aspek ini ditukar.
Selain itu, teori tersebut menekankan bahawa manusia mempunyai potensi berfikir secara rasional atau sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai emosi rasional yang mampu mencintai, gembira dan bergaul dengan orang lain untuk mencapai kesempurnaan diri.Namun, manusia juga mempunya emosi yang tidak rasional iaitu potensi untuk merosakkan diri sendiri, kepercayaan yang tidak benar, suka menangguhkan kerja, dan bertingkah laku yang boleh menghalang perkembangan diri sendiri.
Akhirnya,teori ini membantu klien untuk membezakan antara emosi rasional dengan emosi yang tidak rasional bagi mengurangkan emosi yang tidak rasional ini.
Matlamat teori rasional emotif behavioral
Sesi kaunseling yang dijalankan oleh ahli terapi atau kaunselor bermatlamat mengubah pemikiran yang tidak rasional klien kepada pemikiran rasional dan menerima setiap yang berlaku dengan seadanya.Kaunselor akan membantu klien dengan menerangkan sebab-sebab tingkah laku tidak rasional atau tidak normal itu terjadi.Selain itu, kaunselor akan cuba mengaitkan perasaan yang tidak rasional dengan pemikiran tidak rasional klien sekaligus menghasilkan tindakan yang tidak rasional.
Dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor Rasional Emotif behavioral, kaunselor akan memberikan penekanan kepada konsep ABCDE.
A= bermaksud peristiwa yang berlaku dalam diri klien
B= Kepercayaan tidak rasional klien yang terbentuk daripada peristiwa yang dialami oleh klien.
C= Emosi yang terhasil daripada kepercayaan yang tidak rasional.
D= Kaedah yang digunakan yang akan mengubah emosi yang tidak stabil dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien bertukar kepada tindakan yang rasional..
E= Maka lahirlah emosi yang normal dalam diri klien.
Aplikasi teori dalam kaunseling.
Dalam proses terapi, kaunselor akan menggunakan unsur-unsur kaedah kognitif iaitu dengan penggunaan bahasa seseorang.Yang mana penggunaan sesuatu bahasa yang tidak sesuai akan memesongkan proses pemikiran klien.Justeru, kaunselor akan memberikan perhatian kepada corak bahasa yang digunakan dalam sesi kaunseling.Contohnya, kaunselor akan menggantikan perkataan “sepatutnya” dan “seharusnya” kepada perkataan “lebih baik”, manakala frasa “adalah teruk jika” digantikan kepada perkataan “kurang selesa sekiranya”.
Seterusnya, ialah menggunakan kaedah emosi iaitu rasional emotif imageri (REI). Kaedah ini merupakan suatu bentuk latihan mental untuk membentuk corak emosi klien yang baharu.Kaunselor memberikan peluang kepada klien untuk membayangkan dirinya dan bertingkah laku hasil daripada segala yang difikirkan oleh klien pada waktu tersebut.
Proses kaunseling individu.
Tahap-tahap kaunseling.
1. Menyediakan prasesi.
Ø Persediaan merangkumi aspek:
a. Situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.
b. Jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela).
Ø Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor bagi memastikan sesi kaunseling berjalan dengan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor hendaklah:
i. Menyediakan borang yang berkaitan, contohnya borang maklumat latar belakang klien, borang temujanji, borong rujukan dan lain-lain.
ii. Maklumat latarbelakang-umur, darjah, ahli keluarga, masalah ingin dibincang, rujukan kes dan lain-lain.
iii. Menyemak diskripsi tugas klien.
iv. Menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
v. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.
2. Membina Hubungan.
Ø Menurut Shertzer dan Stone (1968)
Menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong.
Ø Tujuan:
i. Menimbulkan kemesraan, keakraban, saling mempercayai, membina keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan klien.
ii. Membina persefahaman yang baik.
iii. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong.
3. Mengenalpasti masalah.
Ø Jenis masalah.
Ø Punca masalah.
l Disebabkan dari diri sendiri/ keluarga/ kawan/kewangan dan lain-lain.
Ø Kategori masalah.
l Berkaitan dengan kognitif atau perasaan sedih, murung atau persepsi.
Ø Perkaitan masalah dengan orang lain.
4. Meneroka masalah.
Ø Kaunselor harus membantu klien dengan menumpukan perhatian terhadap
ü Meneroka
ü Memahami.
ü Menganalisis persepsi.
Ø Tujuan proses penerokaan.
ü Membimbing klien meneroka jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien.
ü Mendorong dan membantu memberikan sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan noverbal.
ü Untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor.
ü Klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu menyelesaikan permasalahannya.
ü Yakin mendapat perhatian.
Ø Kemahiran memerhati
ü Riak wajah
ü Pandangan mata
ü Cara duduk
ü Pergerakkan pancaindera.
5. Merancang penyelesaian.
Ø Proses semak alternatif.
ü Dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.
ü Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan mestilah dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu diambil.
ü Dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien.
ü Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang telah difikirkan sesuai bagi membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya.
6. Proses mengambil tindakan.
Ø Sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien.
ü Tindakan yang jelas dari segi objektif.
ü Realistik
ü Boleh dicapai.
7. Proses penamatan.
Ø Setelah mendapati klien boleh berdikari dan yakin terhadap tindakan yang diambil.
Ø Kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien.
Ø Fungsi penamatan adalah untuk menunjukkan sesuatu proses yang ditamatkan, peluang mengakhiri satu pengalaman pembelajaran.
Ø Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan.Sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.
Kemahiran kaunseling.
1) Kemahiran mendengar.
Ø Kemahiran yang sangat penting.
Ø Melalui mendengar dengan baik, seorang kaunselor dapat memahami klien dengan sebaiknya.
Ø Perkara penting yang perlu didengar oleh kaunselor ketika klien bercakap iaitu.
i. Isi kandungan yang terdapat dalam percakapan klien.
ii. Tingkah laku klien tanpa lisan dan perasaan yang klien luahkan.
Ø Panduan kepada kaunselor untuk meningkatkan kemahiran mendengar.
i. Kaunselor mesti memahami klien berada disitu.
ii. Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
iii. Kaunselor perlu tahan berhadapan dengan gangguan dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari diri seperti bisikan hati.
iv. Untuk mendapatkan maklumat terpaksa, kaunselor perlu fokus pada perkataan, nada dan cara yang diperkatakan.
2) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian.
Ø Kaunselor perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada percakapan klien.
Ø Mendengar dengan aktif dan teliti akan membantu kaunselor memahami klien.
Ø Terdapat 3 komponen pemerhatian perlu diambil berat oleh kaunselor iaitu:
i. Interprestasi yang mengarahkan kepada pemahaman seluruh kata-kata klien.
ii. Penilaian terhadap segala maklumat yang didengar serta membuat keputusan.
iii. Bertindakbalas berdasarkan perkara yang didengari agar kaunselor dapat membuat pertimbangan.
Ø Kaunselor perlu menjauhkan daripada perbuatan.
Ø Kaunselor perlu memerhatikan perasaan klien melalui raut muka klien, renungan mata yang dipamerkan oleh klien.
Ø Mendengar dengan aktif adalah aspek asas penting dalam membentuk hubungan dengan klien.
Ø \Keadaan berhenti sejenak perlu ada dalam sesi untuk mengalakkan klien menyambung percakapan.
3) Kemahiran meneroka.
Ø Dalam kemahiran meneroka kaunselor berperanan untuk mendalami perasaan klien dengan lebih terperinci:
l Contoh soalan:
Kaunselor : Masalah Ana adalah tidak dapat belajar apabila berada di rumah. Boleh saya tahu apa yang Ana lakukan di rumah?
Klien : Saya membantu ibu saya menjaga adik-adik saya kerana mak saya pergi kerja.
Ø Kaunselor perlu menggunakan kemahiran menyoal untuk mendapatkan maklumat daripada klien.
Ø Kemahiran meneroka adalah berdasarkan apa yang cuba diterokai oleh kaunselor dan kaunselor akan mendapat jawapannya.
4) Kemahiran melakukan dorongan minima.
Ø Memberikan sokongan kepada klien untuk meneruskan percakapan dan menunjukkan bahawa kaunselor mendengar perkara yang telah dinyatakan oleh klien.
Ø Satu percakapan positif supaya klien memberi penjelasan mengenai permasalahannya.
Ø Menunjukkan bahawa kaunselor faham akan perkara yang dinyatakan oleh klien.
Ø Bercakap atau melalui pergerakkan badan
ü Contoh: Hm..hm, teruskan, lepas itu, oh ya, kemudian, terangkan lagi.
5) Kemahiran memimpin.
Ø Satu cara kaunselor memimpin klien untuk memfokuskan tumpuan klien pada sesuatu isu untuk memperolehi maklumat tambahan.
Ø Mengalakkan klien untuk bergerak balas kepada komunikasi terbuka.
Ø Objektif kemahiran memimpin:
ü Mengalakkan klien meneroka perasaannya dan mengulas apa yang dibincangkan.
ü Memberikan kebebasan kepada klien untuk meneroka pelbagai arah.
ü Mengalakkan klien untuk menjadi aktif dalam proses kaunseling.
Ø Terbahagi kepada 2:
v Memimpin secara langsung.
i. Suatu kaedah memberi fokus kepada topik dengan lebih khusus
ii. Mengalakkan klien menjelaskan dengan panjang lebih atau menghurai.
iii. Contohnya: ceritakan lagi mengenai ibu anda?Boleh anda berikan contoh?
v Memimpin secara tidak langsung.
i. Memberi peluang kepada klien untuk memulakan sesi dan meletakkan tanggungjawab ke atas klien meneruskan sesi kaunseling.
ii. Contohnya: Apa yang ingin anda bincangkan?Tolong ceritakan kepada saya kenapa anda berada di sini?Ceritakan lagi mengenai perkara itu?
6) Kemahiran menyoal.
Ø Kaedah paling banyak digunakan dalam sesi kaunseling.
Ø Kaunselor perlu menanyakan soalan yang berupaya menarik klien bagi meluahkan perasaannya.
Ø Kaunselor perlu menggunakan penyoalan soalan terbuka dan perlu mengelakkan daripada menyoal soalan tertutup.
Ø 2 jenis soalan:
v Soalan terbuka.
i. Membolehkan soalan pelbagai
ii. Memerlukan jawapan yang panjang lebar
iii. Mendapatkan pandangan.
iv. Kurang menakutkan
v. Membolehkan klien memberi jawapan yang tidak dijangka oleh kaunselor.
vi. Contohnya: Mengapakah kamu diberhentikan kerja, sedangkan kamu tidak berniat melakukannya?
v Soalan tertutup.
i. Mendapat jawapan yang khusus.
ii. Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan.
iii. Mendapatkan data maklumat.
iv. Kemungkinan menakutkan.
v. Menyekat respon klien.
vi. Contohnya: Anda datang bekerja semalam?
Rumusan.
Bimbingan lebih dikaitkan dengan perkhidmatan memberikan maklumat dan hala tuju dari segi pemilihan pendidikan kerjaya dan ia bukanlah proses memberikan arahan kerana pembimbing tidak membuat keputusan untuk pelajar atau klien.Apa sahaja langkah, matlamat atau hasil yang dicapai merupakan usaha individu itu sendiri.
Namun kaunseling pula, menekankan aktiviti sokongan, penyelesaian masalah, peningkatan kesedaran, masalah kini dan jangka pendek.Ia juga bertujuan untuk membantu individu memahami diri dan alam persekitarannya.Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh kaunselor yang telah menjalani latihan khusus.
Rujukan.
Muhd Mansur Abdullah.Siti Nordinar Mohd.Tamin.1993.Penghantar kaunseling.Hulu Kelang Selangor:Penerbit Data Pengkatalogan.
EeAhMeng.2000.PerkhidmatanBimbinganDanKaunseling.Selangor:penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Dr.Khoo Bee Lee.Teori-teori Dan Kemahiran Asas Kaunseling.Selangor:Penerbit Sasbadi Sdn.Bhd.